MAKLUMAN WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN 24 JAM / JAM 12.00 TENGAH MALAM

Adalah dimaklumkan, dalam usaha merealisasikan transformasi PTAR dan sejajar dengan saranan Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor bagi kecemerlangan Universiti, salah satu penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan adalah dengan memanjangkan tempoh waktu perkhidmatan perpustakaan sehingga 24 jam / jam 12.00 tengah malam. Perkhidmatan ini akan bermula pada 5 Mac 2012 sepanjang semester. Keputusan lokasi perkhidmatan tersebut adalah berdasarkan daripada statistik kedatangan pelajar yang diambil pada semester lepas.

Berikut adalah perpustakaan yang terlibat dengan perubahan waktu pembukaan perkhidmatan:

i. Perkhidmatan 24 jam:
PTAR 1 dan Perpustakaan Kejuruteraan (PTAR 3)
Isnin - Jumaat : 24 jam
Sabtu & Ahad : 8.00 pagi - 5.00 petang

ii. Perkhidmatan sehingga jam 12.00 tengah malam:
Perpustakaan Pengurusan Perniagaan (PTAR 2); Perpustakaan Undang-Undang (PTAR 2); Perpustakaan Sains & Teknologi (PTAR 4): Perpustakaan Alam Bina (PTAR FSPU)
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 12.00 tengah malam
Sabtu & Ahad : 8.00 pagi - 5.00 petang

Semoga tranformasi perkhidmatan perpustakaan ini mendapat sambutan dan kerjasama daripada Y.Bhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

"LIBRARY FOR ALL"
Sekian, terima kasih.


NOOR HIDAYAT ADNAN
Ketua Pustakawan

http://library.uitm.edu.my





Posted via email
from perpustakaanuitm's posterous

1 Ulasan

  1. terbaik!berkampung kat library la macam ni..hehe...terima kasih!=)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama