Jabatan Perkhidmatan Akademik, Perpustakaan Tun Abdul Razak , UiTM Malaysia akan menganjurkan Bengkel Kompetensi Penyelidikan Pentadbir PUiTM 2012 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 26 hingga 27 April 2012
Hari : Khamis - Jumaat
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Auditorium dan Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak 2
Peserta: 40 orang pustakawan dan 10 orang pentadbir UiTM

Demi menyahut seruan agar kakitangan pentadbiran melibatkan diri dengan kerja-kerja penyelidikan maka bengkel ini juga akan menjemput wakil pentadbir dari beberapa bahagian di UiTM Shah Alam sebagai peserta.

OBJEKTIF
Meningkatkan kompetensi penyelidikan di kalangan pentadbir.
Membantu Pustakawan untuk memahami dan menguasai bidang penyelidikan untuk membantu para penyelidik dan pengguna perpustakaan.
Meningkatkan kefahaman agar dapat menjalankan penyelidikan untuk keperluan jabatan.
     

MATLAMAT UTAMA
Menerapkan elemen budaya penyelidikan di kalangan staf pentadbir UiTM terutama pustakawan.


Sebarang pertanyaan, sila majukan melalui e-mail atau telefon Cik Siti Rohayu Bt Mohd Yusof di talian 03-55211701 atau Encik Shahrol Nizam Bin Johol di talian 03-55211707

Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Post a Comment

Terbaru Lebih lama