Program Gotong Royong PTAR Siri 1/2012 telah berjaya diadakan pada 16-17 Julai 2012 (Isnin & Selasa). Program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Semua bahan-bahan lupus telah dipindahkan ke bilik pelupusan baru dan setiap bahagian yang terlibat telah mengambil tindakan berhubung bahan masing-masing. Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Repositori Institusi & Imbangan Bahan dan Pejabat Ketua Pustakawan (Penganjur) ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua staf yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semangat kerjasama berpasukan yang tinggi adalah amat dihargai dan diharapkan dapat diteruskan di dalam setiap program yang dianjurkan oleh PTAR. Pihak penganjur juga memohon maaf sekiranya  terdapat sebarang kekurangan sepanjang program berlangsung. Segala usaha tuan/puan di dalam menjayakan program ini InsyaALLAH akan menerima balasan baik daripada Allah S.W.T.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama