Pada 16 Januari 2013 yang lalu, satu Simposium :“International Flood Control Symposium (IFC 2013)” telah diadakan di Shah Alam, Ia yang melibatkan kerjasama dari 5 buah universiti dan pusat penyelidikan terkemuka iaitu Universitat Stuttgart, Colorado State University, Asian Institute of Technology, Indian Institute of Technology Roorkee, UiTM, Institut Penyelidikan Hidrolik Malaysia serta Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia.
Simposium ini adalah untuk membincangkan kaedah terbaik dalam pengawasan, pengawalan dan tindakan secara berkesan bagi sebaran maklumat banjir antara para jurutera, saintis, akademia dan pihak industri. Hasil gabungan 5 buah universiti dan juga badan profesional ini, “Flood Control Research Center” yang berpusat di UiTM akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Susulan daripada itu satu Perbincangan Meja Bulat bagi penubuhan "Flood Control Research Center" yang melibatkan Dato Sri VC UiTM, Prof Daniel Gunaratnam (Washington DC), Pierre Julien (CSU), Muthiah Perumal (IIT), Mukand Singh Babel (AIT) serta dekan dan beberapa pensyarah telah diadakan pada 17 Januari 2013 dimana Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam turut memberi sumbangan dengan cadangan pengwujudan "Flood Control Research Center Library"
http://library.uitm.edu.my/flood-control/
Posted via email from perpustakaanuitm's posterous
Catat Ulasan