30 November 2020 |Shah Alam  

Perpustakaan Tun Abd Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan Kursus Membudayakan Nilai Baharu UiTM: ESI dan iDART bersama penceramah jemputan, Tn. Hj. Muhamad Nizam bin Noordin, Ketua Timbalan Pendaftar UiTM Cawangan Selangor. Antara objektif penganjuran kursus ini adalah untuk memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai ESI dan iDART kepada staf, menerangkan peranan dan tanggungjawab staf di dalam menyokong ESI dan iDART dan juga memastikan staf membudayakan iDART di dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. 

Tn. Hj. Muhamad Nizam berbesar hati memberi penerangan mengenai Nilai ESI iaitu excellence, synergy dan integrity yang ditekankan oleh UiTM. Nilai yang diterapkan ini merupakan intipati utama dalam membuat keputusan dan tindakan. Disamping itu, nilai iDART juga turut diberi perhatian dengan memberi penekanan kepada ilmu, disiplin, amanah, rajin dan tanggungjawab. Kursus ini telah dijalankan secara atas talian menggunakan Platform Cisco Webex dengan penyertaan seramai 107 orang staf. Semoga perkongsian kali ini akan memberi manfaat kepada semua staf PTAR.







Like and follow us:


Post a Comment

Terbaru Lebih lama