Bahagian Pengurusan Repositori Institusi dan Imbangan Bahan (BPRIIP) PTAR telah mengadakan Kursus Penyemakan Pemilikan Bahan-Bahan Bacaan/Rujukan Silibus UiTM ke atas Koleksi PTAR pada 18 - 19 September 2014, bertempat di Pusat IT PTAR Utama.

Kursus dimulakan dengan penerangan dan taklimat oleh En. Zulkifli Ismail (Timbalan Ketua Pustakawan merangkap Ketua Bahagian BRIIP).

En. Zulkifli Ismail (Timbalan Ketua Pustakawan merangkap Ketua Bahagian BRIIP).


Objektif Kursus adalah:

1- Menyediakan sumber rujukan yang jelas tentang pemilikan bahan/rujukan silibus dalam koleksi         oleh Perpustakaan UiTM
2- Menyemak jumlah bahan bacaan/rujukan silibus mengikut fakulti/pusat dan program yang                   ditawarkan oleh UiTM
3- Menyediakan satu kaedah yang seragam bagi mewujudkan rekod penyemakan koleksi bahan               bacaan/ rujukan silibus
4- Memenuhi keperluan pengauditan MQA, ISO dan ranking Universiti dunia
5- Mengenalpasti bahan bacaan/ rujukan silibus yang belum disediakan untuk pembelian

Proses penyemakan bahan bacaan/ rujukan silibus akan melibatkan 4 langkah iaitu:-

Langkah 1 : Menyediakan Senarai bahan bacaan/ rujukan silibus (SBBRS)
Langkah 2 : Semak status koleksi
Langkah 3 : Semakan perolehan dengan ACQ Tools
Langkah 4 : Pembelian.

Galeri Gambar Sekitar Kursus 
















Kursus yang telah berlangsung selama 2 hari ini telah melibatkan seramai  35 orang staf perpustakaan yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Perpustakaan bagi setiap fakulti dan staf BRIIP).

Aturcara Kursus:


FACEBOOK:   https://www.facebook.com/library.uitm
TWITTER  :    https://twitter.com/ptaruitm
BLOG :           http://perpustakaanuitm.blogspot.com/
INSTAGRAM  
http://instagram.com/ptaruitm
Laman web rasmi perpustakaan  http://library.uitm.edu.my/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama