Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam akan mengadakan Pameran Kemerdekaan Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57 "Di sini Lahirnya Sebuah Cinta" di Galeri PTAR pada 29 Ogos sehingga 25 September 2014. 

Bunga Raya telah dipilih sebagai Tema Pameran Kemerdekaan di Galeri PTAR kerana Bunga Raya adalah Bunga Kebangsaan Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 28 Julai 1960. Bentuk 5 kelopak dan ranggi menjadi simbol 5 Prinsip Rukun Negara manakala kepelbagaian warna, bentuk dan ukuran bunga raya menjadi lambang kepelbagaian bangsa, agama dan kebudayaan masyarakat yang hidup secara harmoni di negara ini.

Menyedari kepentingan tersebut, sebanyak 15 poster bunga raya meliputi aspek latar belakang spesies, ukiran logam, monumen, perhiasan diri, landskap, industri, sumber makanan dan perubatan telah dipamerkan untuk memberi kesedaran maklumat kepada seluruh warga UiTM.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57 "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama