Shah Alam, 3 Sept  – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai sebuah pusat sumber yang terbesar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) turut berperanan dalam mewar-warkan kepentingan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada warga kerja UiTM.

YB. Datuk Hj. Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia
Taklimat penerangan GST yang disampaikan oleh YB. Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia adalah merupakan projek pertama PTAR dalam tahun 2014 untuk mempelbagaikan fungsi PTAR sebagai sebuah pusat sumber maklumat di universiti ini.





Penerangan GST: Kenapa Perlu Cukai Dari Rakyat?
Program taklimat GST yang diadakan di Dewan Sri Budiman, UiTM ini juga adalah merupakan satu acara tahunan PTAR di dalam membuka peluang seluas-luasnya kepada para pelanggan PTAR yang bukan sahaja terdiri daripada pelajar UiTM tetapi juga daripada warga kerja UiTM sendiri untuk mengetahui secara lebih mendalam tentang sesuatu isu semasa di samping berinteraksi secara terus dengan Timbalan Menteri Kewangan tentang pelancaran GST tidak lama lagi.

Ketua Pustakawan PTAR, Encik Noor Hidayat Adnan berkata, penganjuran taklimat  yang dilaksanakan pada program ini akan menjadi satu platform terbaik bagi mendapatkan maklumbalas pelanggan terhadap perlaksanaan cukai GST ini.

Menurutnya lagi inisiatif penganjuran program ini dilihat sebagai mekanisme yang tepat dalam memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan cukai GST di samping mempereratkan hubungan baik serta menjalin kerjasama starategik di antara PTAR, pihak kementerian serta pelanggan perpustakaan.

“PTAR tidak hanya tertakluk sebagai sebuah pusat sumber sahaja tetapi perlu juga berubah seiring dengan perubahan teknologi terkini dan perkembangan semasa. Memandangkan sambutan yang menggalakkan sempena majlis penerangan ini, PTAR akan memastikan penganjuran program seumpamanya akan diteruskan dari masa ke semasa”  katanya.

Menurut beliau lagi PTAR akan sentiasa peka dengan perkembangan yang berlaku di negara ini dan sebagai sebuah pusat sumber maklumat, PTAR turut berperanan dalam mewar-warkan dan memberikan kefahaman serta penerangan kepada masyarakat warga kampus sebagai salah satu tanggungjawab sosial dan menyokong dasar dan pelaksanaan yang dicadangkan olleh pihak kerajaan.

Program taklimat GST 2014 anjuran PTAR, UiTM ini telah berjaya menarik minat  hampir 1000 orang warga kerja UiTM untuk turut sama mendengarkan penerangan daripada Timbalan Menteri Kewangan sendiri.  Majlis penerangan ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Dato’ Dr Abdullah Mohamad, Penolong-Penolong Naib Canselor, Dekan- Dekan dan  Ketua-ketua Jabatan.


Gambar-gambar Sekitar Program Talimat GST boleh didapati di Facebook Perpustakaan UiTM  atau Page Facebook Perpustakaan UiTM



Klik Untuk maklumat lanjut apa itu GST






Penulis : En. Nik Lokman (Pustakawan Bahagian Kompetensi dan Korporat)

follow us 

FACEBOOK:   https://www.facebook.com/library.uitm
TWITTER  :    https://twitter.com/ptaruitm
BLOG :           http://perpustakaanuitm.blogspot.com/
INSTAGRAM  
http://instagram.com/ptaruitm
Laman web rasmi perpustakaan  http://library.uitm.edu.my/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama