Sesi Perkongsian
Ilmu (SPI) Bil. 1/2014 telah diadakan dengan jayanya pada 20 Januari 2014.
Objektif utama SPI diadakan adalah untuk memberi peluang kepada staf perpustakaan
untuk berkongsi maklumat, ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang
menghadiri kursus, seminar, bengkel dan sebagainya.
Bagi pembuka tirai
untuk tahun 2014, pihak PTAR telah menjemput Encik Mohd Ismail Abidin,
pustakawan UiTM Melaka dan Cik Mawar Noor, Pustakawan UiTM Segamat. Encik Mohd
Ismail Abidin telah berkongsi ilmu mengenai kertas penyelidikan yang telah
dibentangkan oleh beliau yang bertajuk Awareness
of Using Library Web 2.0 Services Among Malaysian Youth. Kertas
penyelidikan ini telah dibentangkan oleh beliau di The 5th International Conference on Asia-Pacific Library and
Information Education and Practice 2013 yang telah diadakan di Thailand.
Kertas penyelidikan ini berfokuskan kepada penggunaan dan kesedaran golongan
belia di Malaysia mengenai perkhidmatan Web 2.0.
Sementara itu, Cik
Mawar Noor Abdullah pula telah berkongsi ilmu serta pengalaman beliau sepanjang
menjalani latihan sangkut di Perpustakaan Universiti Ohio, Amerika Syarikat 1
Mei hingga 30 Oktober 2010. Latihan sangkut ini bertujuan untuk bekerjasama
dengan Perpustakaan Universiti Ohio dalam mengkatalog bahan-bahan dari Malaysia
dan Indonesia.
Cik Mawar Noor Abdullah (Pustakawan UiTM Johor)
Latihan sangkut ini telah memberi pengalaman serta idea kepada
beliau dalam menguruskan perpustakaan dengan lebih baik.
Catat Ulasan