Bengkel Amalan Terbaik Perpustakaan UiTM anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam telah berlangsung selama 2 hari (28-29 Januari 2015), bertempat di Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam.
- Mengadaptasi amalan inovasi terbaik dalam transformasi perkhidmatan perpustakaan.
- Membentuk budaya inovasi dan kreativiti di kalangan warga Perpustakaan UiTM.
- Memberi pengiktirafan terhadap inovasi dan pencapaian perpustakaan-perpustakaan UiTM dalam memantapkan peranan dan perkhidmatan terbaik perpustakaan.
- Memantapkan perhubungan dan membina rangkaian antara perpustakaan dalam penyampaian perkhidmatan terbaik dalam era ICT, inovasi dan kreativiti.
- Melahirkan warga perpustakaan yang akan kreatif dan berdaya saing sejajar dengan misi dan visi perpustakaan dan Universiti.
Bengkel 2 hari ini adalah satu usaha perkongsian ilmu dalam menerapkan budaya pengurusan, kepimpinan dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan mantap.
Objektif bengkel :
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Ir. Dr. Hj Abdul Rahman Omar berkata budaya dan amalan kualti perlu sentiasa menjadi teras dalam pengurusan organisasi di UiTM justeru inovasi dan rekacipta kreatif haruslah memberi impak positif kepada masyarakat selain membantu organisasi meningkatkan kualiti mutu perkhidmatan dan bermatlamatkan kesejahteraan untuk semua pihak.
“PTAR merupakan satu-satunya jabatan di UiTM yang berjaya melaksanakan Bengkel Blue Ocean Strategy (BOS) yang menghasilkan ‘7 Big Idea’ iaitu PTAR@Synergy A, PTAR APPS for ALL, Town Gown Library, Entrepreneur’s Information Exchange Center, PTAR Endownment, Khazanah Intelek Universiti@i-KIU dan Optimized Electronic Resources Management” katanya dalam perutusan perasmian Bengkel Amalan terbaik Perpustakaan UiTM 2015 di Dewan Annexe, Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam baru-baru ini.
Sementara itu Ketua Perpustakaan UiTM, Encik Noor Hidayat Adnan pula berkata bagi melahirkan masyarakat mahupun insan yang kreatif, berilmu dan berkualiti, pemerkasaan amalan terbaik di setiap perpustakaan amatlah perlu diperkemaskan dari masa ke semasa sementelaahan perpustakaan adalah merupakan gedung ilmu yang perlu dimanfaatkan penggunaannya dalam menyokong ke arah kecermelangan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.
Di dalam BATPUITM 2015 ini juga turut dijemput untuk menyerikan majlis ini adalah kehadiran beberapa orang penceramah jemputan di luar UITM yang diberikan peranan untuk meningkatkan motivasi dan menceritakan pengalaman di samping memberi idea kepada warga PTAR untuk merancang pelbagai strategi inovasi dan amalan terbaik dalam usaha mengarusperdanakan agenda amalan terbaik di PTAR.
Antara penceramah yang hadir pada sesi bengkel tersebut adalah Encik Wan Ezrin Sazli Wan Zahari (Pengarah Pengurusan Strategi, Bakat dan Prestasi Air Asia), Dato’ Hajah Khalijah binti Abdul Malek (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang) dan Puan Atiah Mohd Salleh (Pakar Asing yang bertugas di Bahagian Bahasa Melayu (BBM), Radio Antarabangsa China (CRI), Beijing, China dari tahun 2007 hingga 2011)
Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran 13 peserta booth yang mewakili perpustakaan daripada seluruh perpustakaan cawangan yang bertanggungjawab untuk membentangkan pelbagai tajuk yang berkaitan dengan inovasi dan amalan terbaik yang telah dan sedang dilaksanakan di tempat masing-masing.
13 Booth : Penyertaan Seluruh Perpustakaan UiTM
Di dalam majlis ini juga beberapa kategori anugerah turut
disediakan untuk mengiktiraf dan menghargai usaha perpustakaan mahupun individu
yang telah menyumbang ke arah kejayaan dan menaikkan nama perpustakaan samada
di peringat UiTM mahupun di luar UiTM.
Antara anugerah dan kemenangan yang dicapai adalah :
- Kepuasan Hati Graduan 2013 – Perpustakaan UiTM Kampus Kedah
- Johan keseluruhan KIK UiTM 2014 – Kumpulan AKAR (Perpustakaan UiTM Kampus Johor)
- Fasilitator Terbaik UiTM – Puan Norme Salleh (Perpustakaan UiTM Kampus Johor)
- Pencapaian Tertinggi KIK Perpustakaan UiTM 2014 – Kumpulan Paradigma (Perpustakaan UiTM Kampus Kelantan)
- KIK Istiqomah – Kumpulan Paradigma (Perpustakaan UITM Kampus Kelantan)
- Poster Terbaik Bengkel Amalan Terbaik PUiTM 2015 – Perpustakaan UiTM Kampus Perak
- Booth Terbaik Bengkel Amalan Terbaik PUiTM 2015 – Perpustakaan UiTM Kampus Kedah.
Catat Ulasan