Tarikh : 30 Januari 2015 (9 Rabiul Akhir 1436H)
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi - 9.30 pagi
Tempat : Bilik Seminar PTAR 1
Tajuk Tazkirah : Rasulullah Sebagai Pemimpin Umat
Penceramah : Ustazah Khairia Hj Ismail


Menjadikan Rasulullah (SAW) sebagai model yang unggul,  Tazkirah untuk pembukaan tahun 2015 ini menyentuh mengenai peranan Baginda sebagai pemimpin umat. Sesi Tazkirah yang berlangsung selama satu jam ini disampaikan oleh Ustazah Khairia Hj Ismail dari Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Shah Alam.

Memetik dari petikan ayat Surah Al-kahfi (18) : 110, Ustazah Khairia Hj Ismail memberikan penerangan mengenai Baginda Rasulullah melalui Al-Quran. Ternyata akhlak yang ditonjolkan oleh Baginda menjadi pengajaran paling berkesan bagi umat manusia.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.” (Surah Al-Ahzab, ayat 21)







Post a Comment

Terbaru Lebih lama