MAJLIS TAZKIRAH BULAN MAC 2015

Tarikh / Hari : 27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H
Masa  : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat  : Bilik Seminar PTAR 1
Penceramah  : Ustaz Puaad Osman
Tajuk   : Ajaran Sesat
 

 
Isu yang diketengahkan dalam siri Tazkirah ketiga pada tahun 2015 adalah mengenai Fahaman Ajaran Sesat yang semakin berleluasa pada dunia kini. Menurut Ustaz Puaad Osman, Ajaran Sesat bermaksud sebarang ajaran atau amalan yang bertentangan dan berlawanan dengan Akidah dan Syari'ah Islamiyah. Ia juga jelas bertentangan dengan Al Quran dan As sunnah serta bertentangan dengan mazhab yang mu'tabbar dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
 
Turut dikongsi sama dalam majlis ilmu tersebut adalah beberapa jenis fahaman ajaran sesat yang pernah menggemparkan negara Malaysia. Antaranya adalah ajaran sesat Qadiani yang diasaskan oleh Mirza Gulam Ahmad, seorang individu dari India yang mengaku dirinya adalah Imam Mahadi. Selain itu, turut dikongsi kisah ajaran sesat Bahai yang menolak kewujudan mukjizat, Malaikat, syurga dan neraka. Manakala ajaran Taslim pula mula wujud pada Tahun 1870-an di Kampung Seronok, Bayan lepas Pulau pinang dan dipercayai merupakan ajaran sesat tertua di Malaysia.

Ternyata, diakui sesi tazkirah sebegini mampu membuka mata dan minda warga PTAR dalam mendalami ilmu islam dengan lebih meluas. Diingatkan, banyak lahirnya hadis palsu pada zaman era globalisasi ini berpunca dari fahaman ajaran sesat. Salam dan selamat beramal.







Post a Comment

Terbaru Lebih lama