Adalah dimaklumkan, Bahagian Pengurusan Pelanggan, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menganjurkan aktiviti Get Caught Reading di PTAR Utama, pada minggu ke-3 setiap bulan.
Aktiviti ini adalah sebagai usaha PTAR untuk menghargai pengguna perpustakaan, di samping untuk mengetahui jenis buku yang dibaca tetapi tidak dipinjam oleh pengguna, seterusnya ia dapat mempromosi buku-buku perpustakaan kepada warga UiTM.
Bagaimana Get Caught Reading dijalankan?
Gambar- gambar pengguna sedang membaca di PTAR akan diambil, dan akan disiarkan di Poster Rasmi, Buletin, Brosur, dan Media Sosial Perpustakaan.
Sila layari Facebook Rasmi PerpustakaanUiTM, Ketua Pustakawan, dan Blogspot Perpustakaan untuk menjejaki pengguna yang akan terpilih di dalam Get Caught Reading. Jom beramai-ramai berkunjung ke PTAR!
Sertai kami hashtag #getcaughtreading #ptar
Pengguna Bertuah #Mei2015
Catat Ulasan