Bertempat di Bilik Seminar PTAR 1, pada hari Selasa, 12 Mei 2015 lalu telah diadakan Taklimat Kesedaran Pencegahan Kebakaran dimana penceramahnya adalah wakil dari Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur.

Objektif utama kelangsungannya adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang bahaya kebakaran, langkah-langkah pencegahan, serta tindakan yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran. Yang paling penting setiap kakitangan perlu mengetahui cara penggunaan alat pemadam api.

Dalam penyampaiannya timbul suasana sedih apabila penceramah menceritakan kisah benar yang berlaku semasa kemalangan membabitkan kebakaran.Terima kasih di atas segala informasi pencegahan kebakaran yang beliau sampaikan yang amat berguna dalam menghadapi situasi sebenar semasa kebakaran.



Galeri gambar













Post a Comment

Terbaru Lebih lama