Bersempena bulan Ramadhan yang hampir tiba, pihak Jawatankuasa Tazkirah PTAR telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil beserta Tazkirah PTAR tahun 2015 / 1436H.
Majlis ilmu yang berlangsung seawal jam 8.00 pagi ini bertempat di Bilik Seminar, PTAR Utama. Bagi menghormati dan mengingati mereka yang telah tiada, sebahagian warga PTAR telah menyertakan nama-nama arwah untuk majlis bacaan Yaasin dan Tahlil ini. Bacaan yaasin dan tahlil ini diketuai oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Hasan dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM.

Selesai mengadakan bacaan yaasin, majlis disambung dengan Tazkirah bertajuk “Jin dan Manusia” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz. Menyampaikan tazkirahnya dengan penuh bersahaja, Ustaz Mohd Hafiz menyifatkan jin tidak boleh dilihat dengan mata kasar, oleh sebab itu ia dinamakan jin kerana tertutup dari hijab manusia.

Ternyata segala ilmu yang disampaikan oleh beliau sangat bermanfaat dan penuh pengetahuan. Majlis yang berlangsung selama dua jam itu tamat dengan bacaan doa oleh Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman, Pustakawan di PTAR.

Tarikh / Hari  : 12 Jun 2015 (Jumaat) /25 Syaaban 1436H
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : Bilik seminar, PTAR 1
Tajuk Tazkirah : Jin & Manusia
   
   
  
TENTATIF MAJLIS:

8.00 - 8.30 pagi : Kehadiran warga PTAR
8.30 - 9.00 pagi : Bacaan Yasiin dan Tahlil dipimpin oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Hasan
9.00 - 10.00 pagi : Tazkirah PTAR bertajuk 'Jin Dan Manusia' oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Hasan

10.00 pagi : Jamuan & bersurai

Semoga Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil ini bermanfaat kepada warga PTAR sebelum menyambut ketibaan Ramadhan Al Mubarak.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama