Program Memasak Bubur Lambuk Sempena Ramadhan / Program Penyerahan Sumbangan Kepada Keluarga Mangsa Banjir Peringkat PTAR


Satu Program Memasak Bubur Lambuk PTAR sempena Ramadhan telah dijalankan pada 9hb Julai 2015 ( Khamis ) mulai seawal jam 8.30 pagi. Program ini telah dijalankan di tapak aktiviti di belakang PTAR 1. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Encik Jamalludin Sulaiman dan staf-staf daripada semua Jabatan / Bahagian yang dilantik telah mengendalikan program ini dengan penuh komitmen dan komited. Saling bekerjasama dalam pelaksanaan program ini telah membuatkan majlis berjalan dengan lancar.

Turut diadakan pada tarikh tersebut adalah Program Penyerahan Sumbangan kepada Keluarga Mangsa Banjir peringkat PTAR 2015. Sumbangan ini adalah melibatkan sumbangan kewangan daripada Tabung PTAR, sumbangan Jabatan / Bahagian PTAR dan Kampus-kampus Cawangan/Negeri  dan juga sumbangan barangan elektrik dan makanan daripada sekolah. Penyerahan sumbangan ini dibuat selepas agihan bubur lambuk dijalankan dalam pukul 12.30  tengahari. Pihak Pengurusan PTAR juga telah  menjemput sendiri  beberapa orang staf  untuk menerima sumbangan bagi pihak keluarga masing-masing. Sumbangan yang sama kepada staf Perpustakaan UiTM Kelantan yang terlibat juga telah dihantar ke UiTM Kelantan pada tarikh 7 Julai 2015. Puan Nik Anitta telahpun mewakili Ketua Pustakawan untuk membuat penyerahan tersebut.


































Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.