Pada Hari Isnin bersamaan 3 Ogos 2015, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, 1436H di Aras 1, PTAR Utama. Majlis bermula pada jam 9 pagi dengan bacaan surah Al-Fatihah seterusnya majlis dirasmikan oleh Ketua Pustakawan PUiTM, Encik Noor Hidayat Adnan.

Lebih daripada 200 jemputan yang terdiri daripada warga PTAR telah hadir dan memeriahkan majlis tersebut. Majlis yang bertemakan "Warna warni di Aidilfitri" ini juga turut dihadiri oleh mantan dan pesara-pesara PTAR yang terdahulu. Para tetamu yang hadir telah dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa seperti ketupat, rendang daging dan ayam, sate ayam, lemang, serta pelbagai jenis kuih-muih. Seperti tahun-tahun yang sudah, setiap bahagian atau unit di PTAR akan menghidangkan menu makanan dan minuman di booth masing-masing. Pelbagai variasi dan keunikan dapat dilihat di setiap booth atas kreativiti staf yang mempamerkan bakat menghias.

Encik Noor Hidayat Adnan serta warga pengurusan PTAR mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan para jemputan yang hadir disamping mengeratkan silaturahim bersama staf-staf PTAR. Suasana ukhuwah penuh kemesraan dan muhibbah ini turut dikongsi bersama oleh semua yang hadir yang rata-ratanya terus menunggu hingga akhir majlis bagi memanfaatkan sepenuhnya peluang berkumpul bersama




















































































Post a Comment

Terbaru Lebih lama