Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan KIK  telah bersidang pada 26 Oktober 2015 pada jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat InQKA. Hasil daripada mesyuarat tersebut, 3 kumpulan KIK PTAR telah terpilih dan berjaya disenarai pendek ke Peringkat UiTM kali ke 20. Konvensyen KIK Peringkat UiTM ini akan diadakan pada 2 - 5 November 2015 bertempat di Adya Hotel, Langkawi . 3 kumpulan dari PTAR yang terpilih adalah :

1. KeyLite
2. SHINE
3. OnePro

Oleh itu, bagi memastikan kumpulan KIK dari PTAR bersedia sepenuhnya dalam Konvensyen KIK Peringkat UiTM maka Bengkel Intensif Dokumentasi KIK telah diadakan  seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh    : 28 dan 29 Oktober 2015
Tempat : Bilik Seminar, PTAR
Masa     : 8.00 pagi - 5.00 petang








Post a Comment

Terbaru Lebih lama