Dimaklumkan bahawa pada tahun ini UiTM sekali lagi akan menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana.

Sebagaimana penganjuran pada tahun 2014, program ini akan diadakan serentak di semua kampus UiTM seluruh Malaysia. Majlis pelancaran akan diadakan di UiTM Kampus Puncak Alam mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 3 Disember 2015 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna, Kampus UiTM Puncak Alam Selangor.

Sehubungan itu, semua PTJ/kampus turut bersama dalam program ini dengan mengadakan program gotong-royong secara serentak selepas acara pelancaran yang akan disempurnakan oleh Y Bhg Tan Sri Naib Canselor. 'Live streaming' akan diadakan bagi membolehkan majlis pelancaran ini disaksikan di semua PTJ/kampus cawangan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama