Audit Perjawatan telah dilaksanakan di PTAR pada 17 Disember 2015 oleh Bahagian Pembangunan Organisasi UiTM yang melibatkan setiap skim dan gred yang ada di PTAR.

Tujuan audit tersebut dijalankan adalah sebagai penilaian semula kedudukan perjawatan serta penempatan jawatan-jawatan yang telah diluluskan oleh Agensi Pusat dalam Surat Kelulusan Perjawatan (SKP) dan juga sebagai pengurusan kejat di UiTM.

Proses audit perjawatan yang dilaksanakan mulai 8 Disember 2015 sehingga 23 Disember 2015 melibatkan semua Jabatan di UiTM. Kumpulan auditor terdiri daripada Pegawai Tadbir Kumpulan Pengurusan dan Profesional Pejabat Pendaftar yang dilantik oleh Pengurusan Tertinggi UiTM.

Bagi tujuan pengauditan ini, pihak auditor melakukan semakan ke atas dokumen/maklumat yang telah diminta sebelum ini serta menjalankan sesi temubual dengan staf di Bahagian/Jabatan dan Perpustakaan Fakulti.


GALERI GAMBAR




























1 Ulasan

  1. Assallammualaikum..saya dari Audit Dalam memohon kerjasama untuk dapatkan laporan audit tersebut kerana saya juga nak jalankan audit tersebut di jabatan saya..saya mohon laporan untuk jadikan contoh kepada saya..terimakasih...
    email : suhaizan78@gmail.com
    no h/p: 0176876799

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama