Makmal Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2016-2020 (Siri ketiga)



PTAR telah menganjurkan Program Makmal Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2016-2020 Siri Ketiga (III) yang melibatkan 55 orang Pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional seluruh Perpustakaan UiTM. 

Program yang telah dirasmikan oleh Prof. Ir. Dr. Hj. Abdul Rahman Omar, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi di Avillion Legacy Hotel, Melaka pada 09 Disember 2015 ini bertujuan untuk  untuk membangunkan perancangan strategik Perpustakaan UiTM yang meliputi 41 buah Perpustakaan. Hasil bengkel ini akan menghasilkan projek insiatif yang bakal dijalankan bagi tempoh 5 tahun iaitu 2016 hingga 2020.

Di samping itu, ia bertujuan untuk memperkukuhkan operasi dan prestasi perkhidmatan PUiTM yang strategik berdasarkan hala tuju, visi dan misi universiti seperti yang digariskan di dalam RM-Ke 11 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi).

Pada siri pertama dan siri kedua yang berlangsung pada bulan Ogos & September 2015, para peserta telah membuat perbincangan secara terperinci mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Siri ketiga yang berlangsung dari 8-10 Disember 2015 menyaksikan pembentangan setiap kumpulan dan dipanelkan oleh Ketua Pustakawan UiTM, En. Noor Hidayat Adnan dan jemputan khas dari Pusat Perancangan dan Maklumat Strategik, Dr. Hj. Saiful Farik Mat Yatin, Ketua Perancangan Strategik (Pengurusan Maklumat).



Makmal Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM
2016-2020 Siri ketiga (III)

Tarikh : 8-10 Disember 2015
Tempat : Avillion Legacy Hotel, Melaka
Anjuran bersama : Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Pengurusan Perpustakaan PTAR


Hari Pertama (08 Disember 2015)











Hari Kedua (09 Disember 2015)
























Hari Ketiga (10 Disember 2015)






























Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.