Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang Pesta Buku PTAR 2016 berlangsung. Syarat sah pertandingan adalah seperti yang dilampirkan. Pertandingan adalah dibuka kepada semua warga UiTM! 

APA TUNGGU LAGI?? JOM MERIAHKAN!



Sukacita dimaklumkan pesta dan jualan buku yang diadakan bersempena dengan Program Galakan Membaca PTAR 2016 adalah satu usaha perpustakaan untuk mendekatkan warga universiti kepada bahan bacaan yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit tempatan. Ia juga merupakan aktiviti yang dapat menyokong gerakan membudayakan minat membaca dan mencintai ilmu di kalangan warga universiti khususnya dan masyarakat amnya.

Program ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 28 – 30 Mac 2016, bertempat di Ruang Legar Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam, telah mendapat kerjasama daripada MABOPA (Malaysian Book Publishers Association) yang akan bersama-sama menjalankan misi mereka dengan program
“Jelajah Buku MABOPA”.

Anjuran kerjasama yang diadakan pada kali ini akan melibatkan sebanyak 20 penerbit-penerbit tempatan yang akan menyertai dalam sesi cadangan pemilihan buku yang terbuka kepada Jabatan/Pusat/ Unit Dalaman UiTM, jualan dan mempromosikan buku-buku terbitan mereka.

Selain itu, program ini juga adalah sebagai platform kepada MABOPA untuk mempromosikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 yang akan diadakan pada bulan April 2016. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.







Post a Comment

Terbaru Lebih lama