Bahagian Pentadbiran Perpustakaan, PTAR telah menganjurkan Bengkel Penyediaan dan Pemantapan Fail Meja (FM) pada bulan April 2016 ini.

Objektif bengkel ini diadakan bertujuan untuk :-

a)   Memberi pemahaman dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran di kalangan staf PTAR dalam menyediakan Fail Meja dan tugasan-tugasan yang melibatkan kepentingan di Jabatan / Bahagian.


b) Menyediakan Fail Meja masing-masing (staf PTAR) dengan berkualiti selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan.

Kesemua staf Jabatan Pengurusan Perpustakaan, Perpustakaan Alam Bina dan Perpustakaan Undang-Undang adalah peserta yang menghadiri kursus ini. 


Maklumat kursus adalah seperti berikut :

Tarikh :   18 - 19 April 2016 (Isnin dan Selasa)
Masa :   8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat :   Pusat IT, PTAR 1
Peserta kursus :   38 orang staf PTAR 
Kumpulan Sasaran :   Staf Profesional & Pelaksana 
Penceramah :   Puan Aznur Umiza Abu Kassim (Pustakawan Kanan)
Fasilitator :   Puan Hani Liza Norfin (Pustakawan Kanan)

Post a Comment

Terbaru Lebih lama