Bersempena dengan Program 4K: Kebersihan, Keceriaan, Kesihatan dan
Keselamatan PTAR pada 19 Disember 2016/Isnin, tuan/puan semua dijemput
bersama-sama menjayakan aktiviti yang telah dirancang seperti yang
dinyatakan dalam jadual berikut:
Untuk makluman:
1. Makanan bagi sarapan pagi, tengahari dan petang (berbungkus) disediakan untuk semua staf PTAR. Mohon seorang wakil dari setiap Bahagian/Perpustakaan Fakulti mengambilnya di Bilik Rehat, PTAR Utama.
2. Sarapan pagi, tengahari dan petang secara hidangan disediakan untuk Ketua Pustakawan dan Ketua-Ketua Jabatan di Bilik Rehat, PTAR Utama.
3. Semua staf diminta memakai T.Shirt rasmi PTAR pada hari Program berkenaan.
4. Bahagian Pentadbiran ada menyediakan beberapa peralatan gotong-royong seperti plastik sampah, sarung tangan, mask dan tuala 'good morning' bagi tujuan aktiviti gotong royong (peralatan adalah terhad). Tuan/puan juga diminta membawa tambahan peralatan gotong-royong sendiri berdasarkan kepada keperluan masing-masing.
Catat Ulasan