Lawatan Sambil Belajar dari Kelab 1 Malaysia Parlimen Lembah Pantai & Segambut ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (Utama) pada 28 Mac 2017 telah berjalan dengan lancar.
Lawatan melibatkan 52 orang pelajar dan 11 pegawai pengiring.
Lawatan ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar serta Puan Adlina Abdullah, Pustakawan Kanan dari Jabatan Pengurusan Perpustakaan dan jurugambar, Puan Rostinah Mujir. Lawatan ini telah dibawa melawat ke Aras 2, 3, 4 serta Galeri PTAR bagi memberi pendedahan dan penerangan berkaitan kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan Tun Abdul Razak.
Ucapan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada warga PTAR yang telah memberikan kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan tersebut.
Foto sekitar lawatan tersebut :
Catat Ulasan