Lawatan sambil belajar SMK Bandar Chiku Gua Musang Kelantan @ PTAR

Lawatan Sambil Belajar dari SMK Bandar Chiku Gua Musang Kelantan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (Utama) pada 18 Mac 2017 telah berjalan dengan lancar. 

Lawatan melibatkan 38 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring. 

Lawatan ini telah dikendalikan oleh Cik Zalifah binti Awang Zakaria, Pustakawan Kanan dari Bahagian Perkhidmatan Akademik dan dibantu oleh Encik Mohd Hazri bin Abdul Karim. Lawatan ini telah dibawa melawat ke Aras 2, 3 dan 4 bagi memberi pendedahan dan penerangan berkaitan kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan Tun Abdul Razak. 

Lawatan ditangguhkan pada jam 1.00 petang. Ucapan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada warga PTAR yang telah memberikan kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan tersebut.


Foto sekitar lawatan tersebut :







like and follow us

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.