Tahniah! Diucapkan kepada para graduan UiTM sempena Konvokesyen UiTM ke-86


Syabas dan tahniah diucapakan kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan menerima ijazah pada upacara Konvokesyen UiTM ke 86. Tahniah diucapkan kepada para graduan di atas daya usaha, kegigihan dan kesabaran sepanjang mengharungi pengajian masing-masing. Syabas dan tahniah juga kepada ibu bapa dan ahli keluarga di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan kepada anak-anak ini sehingga mereka berjaya melakar sejarah peribadi ini dalam hidup mereka. 

Tidak lupa juga kepada semua barisan pensyarah dan pembimbing yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam mencurah ilmu dan mendidik para graduan sehingga berjaya.

Ingatan kepada para graduan, kenangkan dan hargailah segala jasa pendidik anda, ingatilah sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh keluarga dan hargailah segala kesungguhan anda sepanjang pengajian.



like and follow us


#convocation #convocationuitm #konvouitm

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.