Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke – 21
Tarikh 23 - 25 Mei 2017
Tempat:Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan
PENGENALAN
Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke – 21
merupakan salah satu aktiviti bagi program kemasyarakatan yang dikenali sebagai
Ilmu Mengubah Destini (IMD).
Bengkel ini merupakan satu wadah yang bertujuan untuk
meningkatkan kualiti pengurusan pusat sumber sekolah-sekolah menengah disamping
membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Budaya Ilmu, dan Budaya Membaca di
kalangan warga sekolah.
Program ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul
Razak, UiTM Shah Alam dengan kerjasama Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan
Kelantan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan bagi tahun 2017.
OBJEKTIF
• Memberikan pendedahan berkaitan
pentadbiran pusat sumber sekolah yang cemerlang menjurus abad ke-21.
• Pengajaran berkaitan penggunaan
teknologi ICT dan media sosial dalam memperolehi sumber maklumat dalam
persekitaran pusat sumber sekolah.
• Pentadbiran dan pengurusan pusat
sumber sekolah dilaksanakan dengan cara yang profesional berdasarkan
piawaian-piawaian sebenar.
• Menjadikan pusat sumber sekolah pusat
ilmu sebenar dengan koleksi yang mantap dan diurus dengan baik.
• Membolehkan guru pusat sumber sekolah
mendapat pendedahan dan dapat memahirkan diri dalam mengkatalog dan mengkelas
bahan-bahan perpustakaan.
Catat Ulasan