Pada 28 Julai 2017 (Jumaat) yang lalu , Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR Utama) telah menerima kunjungan lawatan daripada wakil pegawai dari German Malaysian Institute (GMI) seramai 5 orang. Mereka tiba sekitar jam 10 pagi dan telah disambut oleh pegawai perpustakaan En Nik Lokman.

Rombongan telah dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama PTAR bagi taklimat berkaitan aktiviti perpustakan masa kini , perancangan dan halatuju
Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM dimasa akan datang.  Taklimat telah disampaikan oleh En Ahmad Faizar.

Ini selari dengan objektif utama lawatan ini adalah untuk melihat Perpustakaan Tun Abdul Razak secara dekat di samping ingin mengetahui perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak kepada pengguna atau pelajar yang boleh menjadi satu penandaarasan untuk mereka di masa akan datang.

Setelah taklimat dan sesi soal jawab , para tetamu telah dibawa  melihat sekitar Perpustakaan , serta diperlihatkan kemudahan sedia ada dan perkhimatan yang diberikan kepada pelanggan Perpustakaan.

Lawatan berakhir skitar jam 1.00 tengahhari. Ucapan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada warga PTAR yang telah memberikan kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan tersebut.

Foto sekitar lawatan tersebut :



























follow us , like and share Tq

Post a Comment

Terbaru Lebih lama