Tajuk: Pameran Penjagaan Persekitaran Kita Amalan Mulia
Kebersihan ialah aset penting bagi menjamin keselesaan dan kualiti hidup yang sihat. Amalan menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran dapat memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa.
Justeru itu Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan usahasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) menganjurkan Pameran Penjagaan Persekitaran Kita Amalan Mulia. Pameran ini akan menfokuskan kepada amalan kebersihan dan membudayakan konsep 3R iaitu Reduce, Reuse, Recycle.
Dipaparkan juga buku & poster berkisar penjagaan persekitaran kita. Pameran ini akan berlangsung selama sebulan iaitu dari 7 Julai hingga 7 Ogos 2017, di Galeri PTAR UiTM Shah Alam.
Semua dijemput hadir ke Pameran "Penjagaan Persekitaran Kita Amalan Mulia"
Disamping pameran satu Ceramah Pengenalan Amalan Persekitaran Berkualiti melalui pendekatan 5S dan Amalan 3R diadakan 14 Julai 2017 (8.30 pagi – 12.00 tgh tengahari) di Bilik Seminar PTAR Utama
Penceramah Mohamad Fadzil Bin Abd Rahim
Pegawai Kesihatan Persekitaran U 41
Bahagian Pendidikan Masyarakat
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp)
Atucara Program
8.00 – 8.30 pagi Pendaftaran peserta & Minum Pagi
8.30 pagi - 9.00 pagi Bacaan Doa & Kata Aluan
9.00 pagi – 10.30 pagi Taklimat Amalan 5S dan Persekitaran Berkualiti
• Demonstrasi Amalan 5S & 3R
• Sesi Soal Jawab
10.30 pagi- 12.00 tgh Taklimat Penjagaan Persekitaran Amalan Mulia & Amalan 3R
• Sesi Soal Jawab
12.00 tgh Makan tengahari dan bersurai
#Reduce #Reuse #Recycle
follow us , like and share Tq
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm
Catat Ulasan