Majlis IFTAR JAMA'IE anjuran Bahagian Pengurusan Pelanggan dan Koleksi, PTAR UiTM Shah Alam bersama Kelab Sahabat PTAR sempena Program Khidmat Masyarakat Ramadhan PTAR.

Memandangkan pada semester kali ini kita akan melalui bulan barakah, bulan Ramadhan, Kelab Sahabat PTAR ingin mengambil kesempatan yang ada untuk melakukan Program Khidmat Masyarakat kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang perihatin terhadap anak-anak kurang bernasib baik, tanpa mengira agama, pangkat dan sebagainya. Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan jurang diantara masyarakat dengan mahasiswa selain untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan yang ada selama bergelar mahasiswa Universiti Teknologi MARA.

Di samping itu, dijangkakan program ini dapat memupuk nilai-nilai seorang pemimpin dalam diri para ahli jawatankuasa pelaksana seperti profesionalisme, berkeyakinan, berketerampilan dan juga semangat untuk berbakti kepada masyarakat.

Program ini akan diadakan pada 25 Mei 2018 bertempat di Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah
Batu 1 1/2 Sg. Pinang, Jalan Kapar, 41400 Kelang.

follow us;


Post a Comment

Terbaru Lebih lama