Satu program Gotong Royong Memasak dan Agihan Bubur Lambuk yang dianjurkan oleh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak  pada tarikh 23hb. Mei, 2018 (Rabu), bermula dengan gotong-royong memasak seawal jam 08.00 pagi sehingga penyerahan agihan jam 1.00 tengahari.

Program Gotong Royong memasak bubur lambuk ini dijalankan diperkarangan Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama. Sebanyak kira-kira 500 bekas bubur lambuk telah dapat disediakan

Majlis pengagihan dan penyerahan bubur lambuk telah dilakukan oleh Ketua Pustakawan En Noor Hidayat. Penyerahan turut diberikan kepada wakil Jabatan dan wakil Perpustakaan Fakulti.

Diharapkan usaha murni, kerjasama dan komitmen sebegini akan terus berkekalan dalam menjalin ukhwah sesama kita warga PTAR.













































































































Post a Comment

Terbaru Lebih lama