Pameran Jun 2018 : Kenali Perpustakaan Negara Malaysia

Y.Bhg. Datuk / Dato' / Datin Paduka / Prof. / Dr. / Tuan / Puan
Peranan Pustakawan dalam memartabatkn ilmu tidak dapat dinafikan. Justeru, sambutan Hari Pustakawan yang disambut setiap 6 Jun di Malaysia adalah sebagai pengiktirafan kepada semua Pustakawan di negara kita. Pameran bulan ini berlangsung sepanjang Jun 2018. Semoga dengan pameran ini dapat memberi manfaat pada semua warga universiti.


Objektif utama pameran adalah untuk memberi pendedahan berkenaan peranan Perpustakaan Negara Malaysia di kalangan warga universiti. Sehubungan itu, antara intipati pameran Jun 2018 adalah:
1. Poster Pameran Kenali Perpustakaan Negara Malaysia
2. Bunting U Pustaka
3. Digital Kiosk Perpustakaan Negara Malaysia
4. Pendaftaran U Pustaka
5. Pamplet U Pustaka
6. Buku-buku berkaitan perpustakaan
7. Ceramah:
   a. Peranan Pustakawan di Era Digital, dan
   b. Peranan Perpustakaan Negara Malaysia di Era Digital

Tarikh : 29 Jun 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.15 tgh
Tempat : Bilik Seminar PTAR 1.

Kehadiran peserta akan diambilkira untuk jam latihan.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin Paduka / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi:

PUAN ADLINA ABDULLAH
PUSTAKAWAN KANAN
BAHAGIAN INISIATIF PERPUSTAKAAN DIGITAL (BIPD)
PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UTAMA
UiTM SHAH ALAM SELANGOR
PEJABAT : 03-5544 3713
EMEL : adlin@salam.uitm.edu.my










Like & Follow Us

Post a Comment

Terbaru Lebih lama