Koleksi buku-buku perpustakaan meliputi pelbagai genre yang dibaluti  sebagai hadiah dan dilekatkan maklumat ringkas buku berkenaan seperti pembayang kandungan dan subjek buku seperti foto dibawah.

Para peserta hendaklah hadir ke Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama dan meminjam salah satu buku terebut. Buku-buku yang dipilih adalah terdiri dari buku baharu dan buku yang tidak pernah dipinjam oleh pelanggan. Buku ini akan dipamerkan secara fizikal di perpustakaan dan juga melalui portal dan media sosial rasmi perpustakaan.

Kad ucapan akan dikepilkan bersama untuk diisi oleh pelanggan seperti maklumat pelanggan dan pelanggan perlu menulis maklumbalas berkenaan buku yang telah dibaca.

postkan maklumabalas & penyertaaan anda di ruangan Komen /Discussion Facebook Events ini

https://www.facebook.com/events/268595717029224/
#blinddate





Peraturan penyertaan Blind Date With A Book:
1) Penyertaan ini terbuka kepada semua warga UiTM, 

2) Ulasan hendaklah dalam Bahasa Melayu @ English.
3) Panjang ulasan hendaklah tidak lebih dari 250-500 patah perkataan.
4) Ulasan hendaklah diisikan di ruangan
komen / Discussion FB event. https://www.facebook.com/events/268595717029224/
5) Masukan sekali
Nama butiran diri anda , nama pengarang, judul buku, tahun penerbitan dan nombor panggilan buku yang diulas perlu dinyatakan dengan jelas pada ruangan komen / Discussion FB event. https://www.facebook.com/events/268595717029224/ 
6) Setiap ulasan buku hendaklah hasil nukilan sendiri, kreatif dan menarik serta belum disiarkan pada mana-mana bahan bercetak. Sekiranya terdapat unsur penipuan @ meniru dengan sendirinya penyertaan akan terbatal.
7) Pemarkahan berdasarkan kepada gaya bahasa, kemahiran membuat ulasan & penulisan kreatif
8)
Keputusan juri adalah muktamad.





Like & Follow Us

Post a Comment

Terbaru Lebih lama