Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Majlis Ketua Pustakawan Universiti Awam Bil.2/2018 yang akan diadakan pada 16 Julai 2018 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR. Mesyuarat akan dihadiri oleh ahli-ahli yang terdiri daripada Ketua-Ketua Pustakawan dari 20 perpustakaan Universiti Awam.
Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh En. Noor Hidayat Bin Adnan, Ketua Pustakawan UiTM selaku Pengerusi Majlis Ketua Pustakawan Universiti Awam.
Catat Ulasan