Pameran  Julai  2018
Oleh: Pn. Adlina Abdullah
Tajuk: Pameran Lambaian Kaabah
Ibadah  haji  merupakan  salah  satu  rukun  Islam  yang  dituntut  kepada  setiap  Muslim  yang berkemampuan dari segi material dan fizikal menunaikannya sekali seumur hidup. Amalan haji ini dilaksanakan  saban tahun  oleh  jutaan  umat  Islam  dari  seluruh  dunia.
Haji  yang mabrur yang menjadi  matlamat utama dalam mendirikan ibadat haji dapat dicapai melalui pelaksanaan Ibadah haji yang sempurna.  
Objektif utama pameran adalah untuk memberi pendedahan berkenaan pelaksanaan ibadah Haji.  Sehubungan itu, antara intipati pameran Julai 2018 adalah:
1. Poster  Pameran Lambaian Kaabah
2. Poster –poster pelaksanaan ibadah haji
3. Replika Kaabah
4. Pendaftaran Haji/ tabung haji
5.  Poster –poster lain berkenaan haji
6. Buku-buku berkaitan berkenaan haji

Pameran Julai  2018  berlangsung sepanjang Julai 2018. Semoga dengan pameran ini dapat memberi manfaat pada semua warga universiti.





Like & Follow Us

Post a Comment

Terbaru Lebih lama