1.0 PENGENALAN
Pada tahun 2018, Perpustakaan UiTM memberi fokus kepada lonjakan perkhidmatan bagi memastikan peranan perpustakaan dan pustakawan dalam menyokong inisiatif universiti ke arah kampus digital dan penggiatan budaya membaca dikalangan warga universiti dapat dilaksanakan . Perpustakaan kini secara aktif merekabentuk semula perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan sejajar dengan perubahan yang berlaku terhadap masyarakat, persekitaran dan perkembangan pesat teknologi maklumat. Era digital ini memberi cabaran baharu kepada perpustakaan untuk berusaha dan berjuang agar terus maju kehadapan. Bengkel ini diadakan khusus kepada staf Universiti Teknologi MARA yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan perpustakaan dan Pustakawan Rujukan.

2.0 OBJEKTIF 
i. Mengadakan sesi sumbang saran dan perbincangan aktif khususnya mengenai aspek perkhidmatan dan kemudahan baharu yang boleh ditawarkan dan dinikmati oleh pengguna dalam memperkasakan peranan PTAR di Universiti. 
ii. Mengenalpasti keperluan dan kehendak utama pengguna bagi memantapkan budaya membaca, meningkatkan jumlah penggunjung fizikal dan menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran serta penyelidikan di Perpustakaan UiTM.
iii. Menjana idea baru yang segar daripada pengguna dalam membantu perancangan merekabentuk semula perkhidmatan perpustakaan UiTM.

Bil.
Nama Latihan
Tarikh Mula
Tarikh Tamat
Tempat
Kumpulan Sasaran
Jumlah Jam
1.
Bengkel Lonjakan Perkhidmatan Perpustakaan
15 September
2018
(Sabtu)
15 September
2018
(Sabtu)
Bilik Seminar PTAR UiTM Shah Alam
Majlis Perwakilan Pelajar/Kelab Sahabat PTAR/
Persatuan Pelajar UiTM
8

Rujuk Amanat Ketua Pustakawan UiTM 2018








Like & Follow Us

Post a Comment

Terbaru Lebih lama