Program: UiTM – Emerald Journal Review Writing Competition
Tarikh : 18 Sept 2018 (Selasa)
Tempat : Auditorium PTAR Undang-Undang
Anjuran Bersama : PTAR dan IRMI dengan kerjasama Emerald Publishing

UiTM – Emerald Journal Review Writing Competition merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan di UiTM. Program ini memberikan pendekatan dan pendedahan kepada para peserta untuk menghasilkan review yang berkualiti menggunakan kriteria penerbitan bertaraf antarabangsa.

Jemputan Reviewer sebagai juri dari dalam dan luar UiTM juga merupakan satu perkongsian pintar yang bakal berlaku dalam program ini. Prof Dr. Chong Siong Choy (UCSI), Prof Madya Dr. Norli Ali (UiTM) dan Prof Madya Dr. Noryati Ahmad (UiTM) akan bersama-sama sebagai juri profesional bagi Journal Review Writing Competition.

Selain Journal Review Writing Competition, program ini juga diisi dengan 3 slot ceramah berkaitan penulisan yang akan disampaikan oleh Prof Dr. Chong Siong Choy (UCSI), Dr Mamunur Rashid (University of Notthingham Malaysia) dan Dr. Yeong Soon Keong (UiTM). Seramai 125 orang peserta yang terdiri dari para pensyarah dari Gugusan Pengurusan UiTM akan mengikuti program ini.

UiTM – Emerald Journal Review Writing Competition anjuran bersama PTAR dan IRMI dengan kerjasama dari Emerald publishing ini dapat meningkatkan kualiti penulisan ilmiah di kalangan peserta . Ia juga merupakan satu platform perkongsian pengetahuan dan pengalaman dari penceramah jemputan yang berpengalaman luas dalam bidang yang diterokai.

Kesimpulannya, program ini juga dapat menyemarakkan lagi semangat membaca dan menulis para peserta melalui pendedahan teknik review yang tepat dan berkesan.

JUDGES PHOTO & PROFILE





SPEAKERS PHOTO & PROFILE




Like & Follow Us


Post a Comment

Terbaru Lebih lama