Perasmian Read@Uni oleh YB Dr Maszlee Malik.
SHAH ALAM - Program Read@Uni, telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YBhg Dr. Maszlee Malik dalam satu majlis yang telah diadakan di Dewan Agung Tun Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, hari ini.
Program hasil kerjasama antara Jabatan Pendidikan Tinggi, Pusat Sitasi Malaysia dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam ini merupakan inisiatif bagi mewujudkan negara membaca pada tahun 2030, dan akan dilaksanakan melalui perpustakaan di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta.
Dengan slogan 'With Knowledge We Lead' dan bertemakan #Malaysiamembaca, kempen ini bertujuan untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara berbudaya membaca dan dapat menyemarakkan lagi pembacaan dalam kalangan kumpulan sasaran iaitu mahasiswa, pensyarah dan staf pentadbiran.
Dr Hassan Said
Menerusi ucapan Naib Canselor UiTM, YBhg Prof Emeritus Dato' Dr Hassan Said berkata, "Sejajar dengan saranan KPM yang akan menghidupkan kembali Kempen Membaca Kebangsaan dalam usaha memastikan rakyat Malaysia dikenali sebagai masyarakat paling ramai membaca pada 2030, UiTM akan memastikan pelbagai aktiviti lagi diadakan bagi mendokong ke arah budaya membaca.
"Bagi memastikan budaya membaca sentiasa menjadi 'rakan karib' dalam kalangan warga universiti, perpustakaan perlu memainkan peranan dalam mempromosi dan melaksanakan kempen dari semasa ke semasa," katanya.
Dr Maszlee diberi penerangan ketika dalam lawatan ke tapak pameran Read@Uni.
Program Read@Uni ini, selain menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu, khususnya dalam kalangan warga universiti, inisiatif seumpama ini dapat melahirkan masyarakat yang kaya ilmu dan berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.
Penghargaan kepada Noor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan UiTM.
Dalam majlis ini, turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Poster Read@Uni, Wan Muhammad Hafizi Wan Mansor yang telah berjaya dipilih sebagai pemenang hadiah utama daripada enam orang finalis, membolehkannya membawa pulang sijil, trofi berserta wang tunai berjumlah RM1,500.
Lima peserta lain yang memenangi saguhati adalah Nurul Ain Syafiqah Mat Desa dari UniSZA, Angeline Lee Ling Sing dari UMS, Muhammad Luqman Hakim Mohd Hanapiah dari Upsi, Lina Syazana Md Razi dari UiTM Kota Samarahan, dan Awang Hishammudin Awang Morsal dari UiTM Puncak Alam.
Dr Maszlee bersama finalis dan pemenang pertandingan Poster Read@Uni 2018 di UiTM Shah Alam.
Pemenang pertandingan Poster Read@Uni, Wan Muhammad Hafizi Wan Mansor dari UIAM. Majlis telah diakhiri dengan persembahan teater pendek daripada pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi, UiTM Puncak Perdana
Pementasan Teater Pendek oleh Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
Sumber : kampusuols
https://kampusuols.com/article/423591/U-In-News/SEL-KL/Dr-Maszlee-lancar-program-Read@Uni-di-UiTM-Shah-Alam
#ReadAtUni #MalaysiaMembaca #UiTMmembaca #libraryuitm #uitmread #uitm
Like & Follow Us
Catat Ulasan