MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PERPUSTAKAAN DIGITAL
27 NOVEMBER 2018 (SELASA)
09:00 PAGI – 11:30 PAGI
DEWAN ANJUNG SRI BUDIMAN (ANNEX) UiTM SHAH ALAM
Objektif Program
Memperlihatkan inisiatif Perpustakaan Tun Abdul Razak ke arah menjadi Perpustakaan Digital selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 .
Sebagai salah satu usaha melonjakkan perkhidmatan Perpustakaan kearah mengoptimumkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat (ICT) dan Internet (IoT).
Mengetengahkan inovasi-inovasi perkhidmatan Perpustakaan Universiti Teknologi Mara (PUiTM) khususnya yang melibatkan penggunaan teknologi.
Mendepani usaha-usaha kearah memantapkan perkhidmatan Perpustakaan yang berfokus kepada Perpustakaan Digital.
Seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang sedang hangat diperkatakan secara meluas di seluruh pelusuk dunia. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0). Sejarah menyatakan Revolusi Industri yang pertama (1760 – 1830) adalah merujuk kepada kegunaan teknologi air atau wap yang berupaya menggerakkan jentera. Perkembangan teknologi seterusnya membabitkan kuasa elektrik yang mencetuskan Revolusi Industri kedua pada sekitar (1870 – 1914). Revolusi Industri ketiga pula bermula pada pengakhiran abad ke-20 melalui teknologi maklumat atau digital.
Revolusi Industri keempat telah mempengaruhi komunikasi dan sistem sosial dalam kehidupan masa kini yang menjadi pelengkap kepada akses dunia tanpa sempadan. Namun begitu, perkembangan teknologi media dan komunikasi melalui internet pelbagai benda (Internet of Things -IoT), penggunaan robotic, cloud dan yang seumpamanya sedikit sebanyak menjadi cabaran dalam perkembangan teknologi.
Selaras dengan agenda transformasi kerajaan untuk meningkatkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam, perpustakaan kini telah banyak melakukan transformasi sama ada dari segi fungsi, kemudahan dan perkhidmatan. Perkhidmatan perpustakaan kini semakin menuju ke arah penggunaan teknologi maklumat (ICT) sama ada dari segi kandungan dan infrastruktur. Hasil penggunaan teknologi maklumat (ICT) ini, dapat memudahkan dan mempercepatkan segala urusan perkhidmatan perpustakaan.
Pelancaran Perpustakaan Digital UiTM ini, akan memperlihatkan inisiatif perpustakaan selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Di samping itu, program ini sebagai salah satu usaha untuk melonjakkan perkhidmatan perpustakaan ke arah mengoptimumkan penggunaan teknologi makalumat (ICT).
Perpustakaan tidak seharusnya masih berkeadaan seperti 25 tahun lalu yang menjadikan ia sebagai lokasi meletakkan pelbagai bahan bacaan sahaja, malah jadikanlah perpustakaan sebagai tempat yang menarik kepada pengguna, khususnya generasi muda. Dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0, perpustakaan perlu menjadi tempat sehenti di mana segala maklumat boleh diperoleh di situ. Antara produk yang telah Perpustakaan bangunkan adalah:
1. Cashless Payment
2. EQPS - Electronic Question Paper System
3. UiTM IR (Institutional Repositories)
4. PTAR Public Repository
5. Agro / Plantation Local Content Hub is a center on / about Malaysian plantations
6. Repositori Khazanah Melayu
7. Library UiTM e-Resources
8. Library e-Book
9. Library e-Guide
10. Library UiTM MOOCs
11. Library UiTM Mobile Apps
12. Library Document Management
13. MyKM (Knowledge Management Portal)
14. OPAC - Online Public Access Catalog
15. QR CODE
16. PTAR Digital Signage
17. RDMS - Reference Desk Management System
18. Sistem E-KKM - Sistem Kelas Kemahiran Maklumat PTAR
19. UiTM Library Chat (LibChat) – Chat with Librarian
20. Customer Feedback System (CFS)
Perpustakan Universiti Teknologi MARA sentiasa mengetengahkan inovasi yang melibatkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan perpustakaan. Inovasi perpustakaan yang melibatkan penggunaan teknologi maklumat (ICT) telah berjaya diperingkat tertinggi. Usaha ini, memberi impak positif kepada organisasi dan secara tidak langsung dapat memberi contoh kepada organisasi awam yang lain.
Like & Follow Us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm
Catat Ulasan