Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perpustakaan Kali Ke-3 telah diadakan pada 28 Februari 2019 bertempat di Bilik Sidang, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin. Mesyuarat ini adalah merupakan mesyuarat tadbir urus Perpustakaan UiTM di peringkat Eksekutif.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Hj. Mohamad Kamal Hj. Harun, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dengan keanggotaan berikut di peringkat UiTM Shah Alam.

1. Ketua Pustakawan
2. Bendahari
3. Penolong Naib Canselor Institut Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (IRMI)
4. Penolong Naib Canselor (Infostruktur)
5. Dekan Fakulti Perubatan (Wakil Gugusan Sains Perubatan)
6. Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (Wakil Gugusan Sains & Teknologi)
7. Dekan Fakulti Pendidikan (Wakil Gugusan Sains Sosial & Kemanusiaan)
8. Dekan Fakulti Perakaunan (Wakil Gugusan Pengurusan & Perniagaan)
9. Pengarah Hal Ehwal Kurikulum
10. Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat
11. Dekan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
12. Ketua Jabatan Perpustakaan

Jawatankuasa Induk Perpustakaan bertanggungjawab kepada Senat di dalam mengesyorkan dasar berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan serta kaedah dan peraturan yang mengawal penggunaan perpustakaan untuk kelulusan Senat. JKIP juga bertanggungjawab mencadangkan peruntukan kewangan untuk mendapatkan bahan-bahan perpustakaan dan membentangkan ringkasan eksekutif minit mesyuarat JKIP untuk makluman Senat.























































































Like & Follow Us



Post a Comment

Terbaru Lebih lama