Perpustakaan Institut Teknologi Bandung, 8 Mac 2019Program Pengantarabangsaan Perkongsian Pengetahuan anjuran Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka telah diadakan di Perpustakaan Institut Teknologi Bandung, Indonesia dengan disertai oleh 16 orang kakitangan perpustakaan, juga penglibatan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bahagian Pengurusan Fasiliti.
 

Objektif utama lawatan adalah bagi membina jaringan kerjasama dan perkongsian pengetahuan di antara perpustakaan akademik kedua negara. Untuk itu, satu sesi pembentangan telah dirangka dan disampaikan oleh Pn. Rozaimah Mat Sidek dan Pn. Roslah Laman (Santai Point, Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah), En.Mohd Ismail Abidin (Projek Waqaf, Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin) dan Cik Hazlin Ibrahim Khan (Inisiatif Digital Perpustakaan UiTM Malaysia).
 
Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, ianya juga dapat memberi pendedahan kepada warga kerja perpustakaan terhadap penggunaan teknologi dalam perkhidmatan di perpustakaan luar negara seterusnya membuat penambahbaikan yang berterusan.


Disamping itu kakitangan perpustakaan juga menyertai program khidmat masyarakat di Kampung Cimariuk dan Pondok Pesantren Al-Mu'awanah di daerah Majalaya Bandung, Indonesia.

Ketua projek, Mohd Ismail Abidin berkata program tersebut membabitkan sumbangan wang tunai dan keperluan harian yang diagihkan kepada 70 keluarga.



https://lib.itb.ac.id/archives/event/kunjungan-perpustakaan-uitm-cawang-melaka
 
#uitmdihatiku
#libraryforall

Foto sekitar program















Like & Follow Us


Post a Comment

Terbaru Lebih lama