Satu Program Bicara Buku Bersama Prof. Madya Dr. Nurhidayah & Dr. Daleleer Kaur Randawar di Perpustakaan TAR Undang-Undang UiTM Shah Alam telah diadakan pada 19 April 2019 bersamaan hari Jumaat yang lalu


Program ini teleh diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Undang-Undang Anjuran Bersama PTAR Undang-Undang Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam

Program Bicara Buku pada kali ini akan mengupas buku bertajuk Sebelum dan Selepas Ijab dan Qabul: Perspektif Undang-undang yang telah mengangkat nama *Prof. Madya Dr. Nurhidayah Muhamad Hashim sebagai Pemenang Anugerah Buku Negara 2019 bagi kategori Buku Umum Terbaik (Kategori Undang-undang Islam).

Manakala buku Dr. Daleleer Kaur Randawar yang bertajuk The Law On Domestic Violence in Malaysia pula adalah pemenang Anugerah Buku Negara 2019 (Kategori Pengajian Tinggi)

Program Bicara Buku ini adalah merupakan aktiviti penggiatan budaya membaca Read@Uni " With Knowledge We Lead" melalui sesi perkongsian ilmu bersama penulis.

OBJEKTIF
Program Bicara Buku Bersama Penulis bertujuan untuk mencapai objektif Read@Uni “With Knowledge We Lead” di peringkat universiti, iaitu:
1. Mempromosikan penerbitan buku dan penulis yang telah memenangi anugerah di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.
2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan warga universiti melalui sesi perkongsian ilmu bersama penulis
3. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu


#Read@Uni #Malaysiamembaca #UiTMmembaca #KolaborasiPenerbit
Foto sekitar program


















Video sekitar program




Like & Follow Us


Post a Comment

Terbaru Lebih lama