Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer Dan Matematik telah  menganjurkan Program Library Outreach@PTAR di Dewan Al-Ghazali, Fakulti Sains Komputer Dan Matematik pada 2 Mei 2019 (Khamis ) yang lalu. Pelbagai program telah diadakan bagi memperkenalkan Perkhidmatan terkini PTAR

Program Library Outreach@PTAR diadakan adalah untuk mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan kepada warga universiti. Ia juga bagi mempergiatkan aktiviti galakan membaca di kalangan warga universiti dengan slogan “ With Knowledge We Lead”
Pelbagai program telah diadakan sepanjang program, antaranya : 


a. Simbolik Penyerahan Simbolik Penyerahan Dasar Penyerahan Harta Intelek UiTM
daripada PTAR kepada Fakulti Sains Komputer dan Matematik

b. Simbolik Penyerahan Harta intelelek Fakulti Sains Komputer dan Matematik kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak

c. Program Bicara Buku

d. Program Read @UNI: PTAR Reading Challenge , 10 minutes Book Review dan Jom Pinjam

e.    Booth dan Pameran

f.    Jualan Buku dari Penerbit UiTM

Penganjuran Program Library Outreach @PTAR siri 2 2019 adalah diharapkan dapat mengukuhkan jaringan kerjasama antara PTAR dan fakulti.















































Like & Follow Us

Post a Comment

Terbaru Lebih lama