Jawatankuasa Read@Uni PTAR dengan kerjasama Jawatankuasa Tazkirah PTAR akan mengadakan bacaan Al Quran selama 1 jam secara beramai-ramai melibatkan staf dan pelajar UiTM sempena Sambutan World Quran Hour 2019 di peringkat PTAR seperti ketetapan berikut:-

Tarikh              : 30 Mei 2019 (25 Ramadhan 1440H)
Masa                : 12.00 tengahari – 1.00 petang
Tempat            : Bilik Seminar, Perpustakaan Tun Abdul Razak

Program ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan rasa mencintai Al Quran dan meraih semangat 10 hari diberkati dalam bulan Ramadan, seluruh dunia. Ia juga merupakan usaha di peringkat PTAR untuk menyokong misi World Quran Hour iaitu 100 juta ummah berinteraksi dengan Al-Quran seluruh dunia, serta memberi inspirasi kepada ummah untuk berinteraksi bersama Al-Quran.
Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Tazzakkur (Bacaan Alunan Zikir), Khatam Al Quran dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Staf PTAR.



Like & Follow Us



Post a Comment

Terbaru Lebih lama