Galeri Sasterawan Negara dan Sasterawan Tamu UiTM, Dato Baha Zain di PTAR UiTM.
Pameran Koleksi dan Tayangan Video Buku Dato Baha Zain dan lain-lain Sasterawan Negara ini sebagai satu usaha memartabat dan menghargai sumbangan dan karya Sasterawan Negara.








https://www.youtube.com/watch?v=AvKMv-5WuzU





https://www.facebook.com/search/top/?q=Sasterawan%20Tamu%20&epa=SEARCH_BOX





MAJLIS PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN SEBAGAI SASTERAWAN TAMU DI UiTM
12 April 2019

Majlis penyerahan surat lantikan sebagai Sasterawan Tamu di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada YBhg. SN Dato’ Baharuddin Zainal (Baha Zain) telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM di pejabat beliau di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin. Program penempatan Sasterawan Negara di Universiti Awam ‘Sasterawan Di Universiti’ merupakan inisiatif proaktif dalam mentransformasikan pendidikan negara. Penglibatan para sasterawan negara dalam Program ‘Sasterawan Di Universiti’ diharap dapat memberikan sumbangan yang berterusan dalam dunia akademia menerusi ilmu yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat. Program turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Haji Mohamad Kamal Haji Harun, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Prof. Madya Dr. Amer Shakir Zainol, Pengarah IMPAK.


Sasterawan Tamu #UiTM, Datuk Dr. Baharuddin Zainal (Baha Zain)
#sasterawantamu
#libraryuitm
#uitmdihatiku
#budayaperdana
#uitmmembaca
#malaysiamembaca


Like and follow us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://perpustakaanuitm.blogspot.my/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm





Post a Comment

Terbaru Lebih lama