Majlis penyampaian anugerah High Usage Award Worldwide 2018 (Journal) dan High Usage Award Worldwide 2018 (Book) diadakan pada 3 Julai 2019 (Rabu) bertempat di bangunan Canseleri UiTM Shah Alam.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Encik Elvin Cheah (Business Manager) dan Puan Rozita Nordin (Marketing Manager) dari Emerald Publishing kepada YBhg. Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM bersama En Noor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM dan barisan pengurusan kanan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam.





Syabas dan tahniah kepada semua warga UiTM diatas pengiktirafan ini !




Universiti Teknologi MARA sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang buat kali ke-lapan berturut-turut untuk Emerald High Usage Award Worldwide mengatasi 19 buah universiti lain dari seluruh dunia.  UiTM berjaya menjadi institusi yang terbanyak membuat muat turun teks penuh dalam pangkalan data atas talian (PDAT) Emerald pada tahun 2018 dengan jumlah muat turun sebanyak 892,836 artikel.







Senarai 20 Pemenang Emerald High Usage Award For Journals

1. Universiti Teknologi MARA
2. EKB Data Centre
3. Universitas Trisakti
4. Liberty University
5. Universiti Utara Malaysia
6. University of Phoenix
7. Northumbria University
8. IQRA University
9. Griffith University
10. University of Manchester
11. Monash University
12. University of Liverpool
13. RMIT University
14. Curtin University
15. University of The West of England
16. Manchester Metropolitan University
17. University of Sheffield
18. Universitas Indonesia
19. University of Birmingham
20. University of Queensland




Selain itu, buat pertama kalinya UiTM Berjaya mendapat High Usage Worldwide Ranked No 2 with 18,048 chapters downloaded in 2018 bagi penggunaan eBook oleh Emerald Publishing.  Penganugerahan ini diberikan bermula tahun 2017.
 



Senarai 20 Pemenang Emerald High Usage Award For Books

1. EKB Data Centre
2. Universiti Teknologi MARA
3. Curtin University
4. Monash University
5. University College London
6. University of Sydney
7. University of Sheffield
8. TianJin Academic Library
9. University of Phoenix
10.RMIT University
11.Shanghai Pudong Library
12.University of Queensland
13.University of New South Wales
14.University of British Columbia
15.University of Toronto
16.University of Manchester
17.Harbin Institute of Technology
18.Wuhan University
19.Griffith University of Manchester
20.Xi'an Jiaotong University






Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Perpustakaan UiTM bagi memastikan penggunaan yang maksimum terhadap pangkalan data atas talian dan eBook yang terdapat di laman  web Perpustakaan  http://ebook.library.uitm.edu.my atau melalui laman web  https://mykm.uitm.edu.my/


Like & Follow Us





Post a Comment

Terbaru Lebih lama