Program Gotong Royong ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan dalam dan luar 6 lokasi PTAR bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan di dalam komponen Pensijilan EKSA. Persekitaran PTAR yang ceria dan bersih akan memberi keselesaan dan menggambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga PTAR. Keceriaan dan kebersihan kawasan PTAR adalah penting bagi meningkat mutu perkhidmatan kerana mempunyai ruang kerja dan persekitaran yang ceria, tenang dan selesa ke arah untuk mencapai Visi dan Misi PTAR.

Tarikh & Masa:
19hb - 20hb Ogos 2019 / 8:30 pagi - 4:45 petang

Objektifnya:

  1. Bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik sistematik supaya selaras dengan piawaian Pensijilan EKSA.
  2. Menyemai semangat kerja berpasukan antara staf dan pegawai PTAR bagi tujuan meningkatkan produktiviti dan kualiti selaras dengan matlamat PTAR.
  3. Membina disiplin dan sikap yang lebih tinggi antara pekerja awam, staf, dan peqawai melalui pengwujudan tempat kerja yang bersih, selesa dan teratur

SKop Kerja EKSA

  • Komponen A : Keperlusan Utama Perlaksanaan
  • Komponen B : Ruang Tempat Kerja Pejabat
  • Komponen C : Tempat Umum
  • Komponen D : Keselamatan Persekitaran

Program Gotong Royong Perdana ini diharap dapat menyokong usaha Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam ke arah Pensijilan EKSA seterusnya mewujudkan persekitaran kerja yang produktif, bersih dan selamat ke arah sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan yang bertaraf dunia.

Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan serta penglibatan semua warga menjadi tunjang kepada kejayaan pelaksanaan EKSA. Ia juga perlu dilaksanakan secara berterusan untuk mengekalkan prestasi penyampaian perkhidmatan organisasi yang cemerlang.

Program ini secara keseluruhannya dijangka akan dapat memberikan impak yang tinggi kepada perpustakaan sebagai PTJ pertama yang melaksanakan EKSA di dalam sistem UiTM.

"Menjaga Kebersihan adalah Tuntutan Islam"
- BERSIH.KEMAS.TERATUR - 

Sekian
Jawatankuasa Promosi EKSA
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
UiTM Shah Alam






Post a Comment

Terbaru Lebih lama