Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti-universiti Awam Malaysia sedang menjalankan Kajian Budaya Membaca di Universiti Awam Malaysia yang bertajuk SURVEY ON READING HABIT AT PUBLIC UNIVERSITIES IN MALAYSIA 2019. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti trenserta tabiat membaca dalam kalangan mahasiswa, staf akademik dan staf bukan akademik di Universiti Awam.

Sehubungan itu, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam sebagai jawatankuasa kerja yang dilantik sedang membuat edaran soal selidik secara atas talian. Mohon klik pautan http://bit.ly/ReadingCultureSurvey atau imbas kod QR untuk mengisi menggunakan peranti mudah alih.

Tempoh edaran adalah bermula pada 19hb September hingga 26hb September 2019.

Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama