Pameran Legasi Raja-Raja Melayu adalah berkenaan Raja Kita bagi mengungkap sejarah institusi diraja sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16. Selain itu, pameran ini juga berkisar tentang struktur pentadbiran selain memartabatkan institusi raja dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, memahami penubuhan Majlis Raja-raja dan konsep Raja Berperlembagaan untuk terus dipelihara hingga ke generasi akan datang.

Pameran ini berlangsung dari 07 Oktober 2019 - 07 November 2019. Terdapat juga artifak-artifak seperti replika Batu Bersurat, Batu Nisan Acheh dan pelbagai jenis tengkolok mengikut Raja-raja negeri.

"Sertai KUIZ Pameran Legasi Raja-Raja Melayu sekarang di Galeri PTAR. Hadiah menarik menanti ANDA"



Video Aktiviti Ceramah & Pameran Legasi Raja-Raja Melayu




#ReadUni #uitmmembaca #kitaUiTM #libraryuitm #rajakita




Like & Follow Us


Post a Comment

Terbaru Lebih lama